Wednesday, August 26, 2009

Geologi Dalam al-Quran

Geologi merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan bumi. Maksudnya ia adalah kajian asal-usul bumi, batu-batu yang membentuk bumi, muka bumi dan sebagainya. Allah s.w.t. menyatakan tentang sesuatu yang berkaitan dengan alam agar manusia memikirkan tentang perkara tersebut.

Permukaan Bumi Yang Paling Rendah

.Allah s.w.t. berfitman dalam surah ar-Ruum ayat 1,2 ,3 dan 4:




Maksud ayat-ayat ini ialah:

Orang-orang Rom telah tewas
Di suatu tempat yang berhampiran dan selepas kekalahan itu mereka akan menang

Sebab-Sebab Diturunkan Ayat

Ayat-ayat ini diturunkan kerana orang-orang Islam berdukacita selepas mendengarkekalahan orang-orang Romawi ditanngan tentera-tentera Parsi. Mereka berdukacita kerana orang-orang Romawi merupakan kaum yang beragama Nasrani (ahli Kitab) dan orang-orang Parsi merupakan orang Majusi (Menyembah Api). Apabila ayat-ayat ini diturunkan, orang-orang Islam bergembira kerana mereka yakin orang-orang Romawi akan menang dalam peperangan yang akan berlaku pada masa akan datang.
.
Maksud Yang Tersirat Dalam Ayat 3.
.
Dalam ayat 3, ayat " Fi Adna al-Ard Wa Hum Mim Ba'di Ghalabihim Sa Yag' Libuun" Perkataan Adna dalam ayat tersebut bermaksud (i). Paling hampir (ii) Paling rendah. Dalam kitab-kitab tafsir, ayat 3 diterjemahkan kepada di negara yang berhampiran. Tiada terjemahan "Di permukaan bumi yang paling rendah digunakan" sedangkan ia juga boleh di maksudkan sebagai paling rendah.

.

Bila Peperangan Yang DiSebut dalam al-Quran Berlaku?
.
Menurut sejarah, peperangan yang dirujuk secara khusus dalam al-Quran berlaku pada tahun 614 Masehi. Tentera Parsi telah menawan kawasan-kawasan yang sekarang dikenali dengan nama Jordan, Syria dan tentera tersebut telah bergerak ke Barat untuk menawan Palestine. Pada tahun 614 tentera Parsi telah menawan Jerusalem. Mereka menawan Pendita Romawi dan menawan paling salib yang kononnya digunakan untuk menyalib Nabi Isa a.s.
.

Di Mana Tempat Kekalahan Tentera Romawi.

Teteran Romawi telah dikalahkan oleh tentera Parsi di Pantai Laut Mati. Laut mati ini adalah permukaan bumi yang paling rendah. Pantai Laut mati di mana tentera Romawi telah tewas juga merupakan tempat paling rendah di atas muka bumi!

LAUT MATI




Perkara Yang Perlu DiFikirkan

Bagaimanakah al-Quran yang diturunkan 1400 tahun yang lalu mengetahui bahawa tempat berlaku peperangan tersebut merupakan tempat yang paling rendah di atas muka bumi. Apakah maklumat tersebut wujud secara kebetulan semata-mata?


2 comments:

  1. Subhanallah, segala apa yang disebut didalam al-Quran Pasti Benar belaka, cuma manusia tidak mahu menyelidikinya melalui akal yang diberikan oleh yang Maha Pencipta, Syukran di atas penerangan ini

    ReplyDelete